Salam, saya Mohammad Safwan a.k.a Wansop adalah seorg pemancing tegar di Malaysia :). Ini kerana hobi memancing adalah aktiviti sukan kegemaran saya kerana sukan memancing ini memang menguji tahap kesabaran saya sebagai seorang manusia di muka bumi ini. Disamping itu, sukan memancing ini juga memberi kepuasan yang tidak terhingga sekiranya joran di sambar ikan. Tidak kira ikan itu kecil atau besar, ia tetap memberi kepuasan kepada para pemancing kerana aktiviti ini tidak semudah dengan aktiviti sukan yang lain seperti futsal, badminton, memanah atau segalanya.
Seorang kaki pancing, mereka memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ada tidak cepat putus asa sekiranya umpan tidak mengena. Ini kerana tidak semua ikan berjaya dinaikan sekiranya umpan dan teknik memancing dengan betul. Sorang pemancing perlu tahu cara2 tersebut apabila mereka melakukan aktiviti sebegini. Disamping itu, para pemancing perlu memperlajari "ilmu" memancing terlebih dahulu supaya aktiviti ini tidak menjadi satu akviti yang sia2.
So, dengan blog ini, saya akan berkongsi pengalaman or teknik yang betul dengan kaki pancing yang lain di seluruh Malaysia. Ini kerana banyak lokasi untuk kaki pancing ini utk melakukan aktiviti memancing seperti di tasik, sungai, laut or persisiran pantai. Setiap lokasi mempunyai teknik dan umpan yang sesuai mengikut jenis ikan yang mahu dinaikan. Sebagai contoh, seandainya seseorang itu mahu memancing ikan air tawar, pelbagai umpan yang boleh digunakan dan umpan akan berbeza sekiranya memancing di kawasan persisiran pantai atau pantai dalam.
Setakat ini saja pengenalan untuk blog khas untuk pengermar aktiviti sukan memancing ini. Diharapkan, agar para pemancing yang lain di Malaysia boleh berkongsi ilmu dan pengalaman tentang sukan ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemari berkongsi pengalaman dan pendapat
ReplyDelete